Geran Kandungan Digital Jendela Biz & Kementerian Komunikasi &Multimedia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) melalui MalaysiaDigital Economy Corp (MDEC) melancarkan Geran Kandungan Digital (DCG)untuk 2022, yang menawarkan geran bernilai sehingga RM500,000 kepadapemohon yang berjaya untuk gunakan untuk pembangunan kandungan digital.

Syarikat kandungan kreatif digital dengan modal berbayar minimum RM20,000 dialu-alukan untuk memohon DCG. Syarikat boleh memohon sama ada geran bernilai sehingga RM300,000 untuk kos pembangunan atau sehingga RM500,000 untuk kos Pemasaran dan Pelesenan Harta Intelek.

DCG, yang merupakan antara siri geran pertama yang disesuaikan untuk industri kandungan kreatif digital untuk 2022, telah diperkenalkan pada 2016 dan bertujuan membantu pencipta kandungan digital Malaysia untuk membangunkan kandungan baharu atau memasarkan kandungan sedia ada dalam animasi, media interaktif, dan permainan digital, antara lain.

“Ini adalah industri yang berkembang pesat dan bidang tumpuan utama di bawah MyDigital, dan K-KOMM komited dalam memastikan industri menerima sokongan yang diperlukan untuk terus berdaya saing,” kata Menteri K-KOMM Tan Sri Annuar Musa.

Sejak 2016, MDEC telah meluluskan 55 projek bernilai lebih RM34.5 juta untuk membantu syarikat kandungan kreatif digital membiayai idea di peringkat pembangunan.

Antara kandungan kreatif yang dibangunkan daripada inisiatif tersebut termasuklah Didi & Friends oleh DD Animation Sdn Bhd, Ejen Ali the Movie oleh Wau Animation Sdn Bhd, dan Astrology the animation oleh Lemon Sky Animation Sdn Bhd. Ejen Ali the Movie merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dengan kutipan box office RM35 juta.

Untuk merealisasikan geran ini kepada semua pengguna dan usahawan Jendela Biz, Tawaran Perniagaan Jendela Biz akan disertakan bersama geran ini. Rujuk www.jendela.biz/tawaran .

Syarikat anda akan dibantu dengan modal berbayar RM20,000 dari Jendela Biz untuk memenuhi kelayakan Geran Kandungan Digital daripada kerajaan tersebut.

RM20,000 modal berbayar syarikat anda ini akan dimasukkan ke dalam syarikat anda oleh Jendela Biz jika anda memiliki mana-mana Tawaran Perniagaan Jendela Biz www.jendela.biz/tawaran . Ini akan memudahkan anda untuk menerima geran tersebut kerana anda mempunyai perniagaan digital yang telah lengkap dan tersedia yang telah dibangunkan oleh Jendela Biz.

Promosi Jendela Biz Geran Kandungan Digital Kementerian Komunikasi & Multimedia ini bermula hari ini hingga 4 Julai 2022.

Hubungi pegawai kami untuk maklumat lanjut.