Jendela Biz Satu-satunya Program Francais Secara Digital

Kerajaan berhasrat meneruskan program pembangunan francais mikro dan mampu milik pada tahun hadapan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di samping memastikan lebih ramai menerima manfaatnya terutama dari kumpulan B40 dan M40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata program pembangunan francais mikro dan mampu milik yang diperkenalkan kerajaan tahun ini dengan tujuan membantu golongan B40 dan M40.

Jendela Biz telah memainkan peranan utama di dalam memberikan peluang kepada masyarakat untuk bersama di dalam Program Francais Jendela Biz.

Kata Perdana Menteri, kejayaan program francais mikro dan mampu milik itu merupakan sebahagian daripada petunjuk prestasi utama (KPI) 100 Hari Jemaah Menteri yang dinilai di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Beliau berkata industri francais telah menyediakan lebih 80,000 pekerjaan dengan nilai sumbangan melebihi RM1.4 bilion dalam kitaran ekonomi setahun melalui pembayaran gaji kepada para pekerja di syarikat francais.

“Sehingga 30 November, nilai jualan industri francais telah mencecah RM14.6 bilion, peningkatan hampir 10 peratus berbanding tahun sebelumnya walaupun tahun kewangan semasa belum berakhir dan dunia masih berdepan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata Malaysia patut berbangga kerana jenama francais tempatan telah berjaya bertapak di lebih 70 negara dengan Arab Saudi menjadi negara terbanyak mempunyai outlet jenama francais Malaysia dengan sebanyak 744 outlet, diikuti Indonesia (670 outlet) dan Amerika Syarikat sebanyak 424 outlet.

“Dengan kebersamaan dan sokongan padu Keluarga Malaysia terhadap jenama francais tempatan, kita mampu meneroka dan mengembangkan lagi jenama francais Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Jendela Biz merupakan satu-satunya program francais secara digital bagi membantu masyarakat melibatkan diri di dalam perniagaan online/digital.

Ismail Sabri berkata industri francais dijangka terus menyumbang ke arah pemulihan ekonomi negara mulai tahun ini hasil pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kerajaan akan terus menyokong pembangunan dan pertumbuhan industri francais demi memastikan lebih ramai pemain industri dapat dilahirkan serta lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk Keluarga Malaysia,” katanya.

Menurutnya di bawah Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM3 juta bagi mendorong industri francais berkembang pesat.

“Melalui sistem francais, perniagaan dapat berkembang dengan cepat menerusi rangkaian yang besar. Ini akan membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam negara terutamanya di sektor makanan dan minuman; peruncitan; pendidikan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata francais merupakan satu bentuk perniagaan yang semakin mendapat permintaan di kalangan peniaga dan orang ramai kerana konsep perniagaannya yang terbukti berdaya maju, selain jenamanya yang popular.

Mula Program Francais Jendela Biz hari ini !