Kesilapan Dalam Perniagaan Online

Pandemik Covid19 menyebabkan semua perniagaan wajib mengambil inisiatif ke arah digital dan online untuk terus maju. Dalam keadaan tergesa-gesa mereka untuk berubah secara online, ada yang telah melakukan beberapa kesilapan, sama ada disebabkan oleh kekurangan persediaan atau tidak memahami bagaimana digital boleh membantu perniagaannya.

www.jendela.biz sudah berada di dalam industri online dan digital sejak 2008 lagi. Kami memerhati dengan luas pengalaman-pengalaman syarikat baru yang mahu mengambil pendekatan digital.

Mari kita lihat kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan supaya anda dapat mengelaknya :

1. Jika mula iklan, hasil mesti segera

Ramai bos atau perusahaan konvensional bertanya kepada pengurus pemasaran digital mereka: “Jika saya membayar RM5,000 untuk kempen iklan dalam talian, berapa banyak jualan yang boleh kita hasilkan?”

Peruntukan belanjawan iklan digital dan strategi pengiklanan dalam talian berbeza-beza mengikut jenis perniagaan, berapa lama sudah di pasaran dan berapa banyak database pelanggan dan prospek dalam sistem mereka.

Sebagai contoh, jenama baharu yang baru sahaja membuka kedai dalam taliannya perlu menularkan kehadiran mereka, menjana kesedaran tentang jenama dan penawaran produknya – awareness. Kempen iklan perlu mempunyai 2 objektif; digunakan untuk mendidik pelanggan dan supaya mereka masih kembali di masa akan datang. Amat jarang terus menghasilkan pembelian pantas. Ada lagi beberapa langkah tambahan yang perlu dilakukan untuk menambah database dan menukar prospek menjadi pelanggan.

2. Diri Sendiri Menghabiskan terlalu banyak masa untuk pemasaran digital daripada memberi tumpuan dan memaksimumkan kekuatan utama syarikat

Tetapkan target masa mencapai target. Jika anda CEO atau pengasas, dalam masa 3 bulan anda mahu RM100,000 hasil dari kempen online anda. Tetapi anda jangan terlalu menghabis masa sendiri dengan membuang masa belajar cara menyediakan iklan di facebook, web dan sebagainya. Lupakan ia! Sebagai usahawan yang bijak, biarkan sahaja pakar yang betul membina kempen digital anda. Ketua Pegawai Eksekutif yang baik akan mencari jurulatih atau bakat berpengalaman untuk mengurangkan masa ke pasaran mereka dan mengurangkan kossambil melatih pasukan dalaman untuk meningkatkan kadar kejayaan mereka. Inilah peranan Jendela Biz untuk membantu anda dengan pengalaman dan teknologi digital kami.

Jangan menjadi seperti sesetengah bos di mana mereka berpendapat mereka boleh menjimatkan wang dengan menggunakan pasukan lama yang tidak mahir digital, atau mereka sendiri dengan melakukan transformasi digital sendiri tanpa bantuan. Ini akan mengakibatkan banyak masalah dan menangguhkan kejayaan anda. Selain itu, ia mencipta pengalaman dalam talian yang kurang optimum untuk pelanggan.

3. Mengambil short-cut e-dagang

Disebabkan teknologi pemasaran yang berkembang laju, banyak pemilik perniagaan, pengurus kanan dan usahawan telah ketinggalan dalam kapasiti inovasi mereka untuk memperoleh pelanggan baru.

Sebaliknya, untuk solusi cepat, mereka menggunakan jalan pintas, terus menggunakan kemudahan memperoleh jualan pantas melalui pasaran dalam talian seperti Lazada, Shopee dan Zalora, yang telah mempunyai trafik yang tersedia secara meluas.

Tetapi strategi ini, walaupun berkesan, ianya hanya baik untuk jangka pendek. Kemudahan pasaran ini sangat berkesan, tetapi perlu ingat, di platform yang sama itu, terdapat juga pesaing yang sama dengan anda yang menawarkan produk yang hampir serupa, dan secara tidak langsung mewujudkan lambakan produk.

Akibatnya, banyak perniagaan ini akhirnya tidak menjana wang di platform ini kerana mereka perlu terus memberi tawaran dan memotong harga mereka untuk membuat jualan.

Jendela Biz sentiasa mengesyorkan untuk anda mempunyai platform anda sendiri untuk membina jenama dan perniagaan anda untuk jangka masa panjang.

4. Anggap perniagaan online itu mudah dan tiada persediaan

Ramai usahawan membuat keputusan yang salah apabila transform ke arah online / digital buat kali pertama kerana mereka tidak mempunyai pasukan dengan pengetahuan yang diperlukan untuk membantu mereka dalam proses melancarkan perniagaan digital mereka. Mereka membuat keputusan yang sangat condong ke arah kos semata-mata, sambil lupa untuk mengambil kira sama ada sistem yang mereka laksanakan boleh berjaya atau tidak.

Sentiasa ingat bahawa dalam talian adalah tanpa sempadan, berjalan 24/7, dan tanya diri anda sama ada sistem anda boleh menampung trafik yang tinggi kelak ?. Juga, adakah ia boleh digunakan dengan mudah ke dalam sistem lain? Bolehkah ia mengikuti perubahan teknologi yang bergerak pantas?

Banyak projek dalam talian gagal kerana sistem yang dilaksanakan tidak flesibel. Ingat, anda akan kalah kepada pesaing anda jika anda cuba menjimatkan wang pada mulanya dan memilih sistem yang tidak membuatkan anda berkembang.

14 tahun Jendela Biz mempelopori perniagaan digital, teknologi kami yang murah dan berkesan akan membantu perniagaan anda memacu laju dalam perniagaan online.

5. Sentiasa alert dan update trend terkini

Ada di antara syarikat yang menggunakan khidmat Jendela Biz berjaya mendigitalkan perniagaannya hari ini dan menjadi penggerak utama, kami sentiasa menggalakkan mereka untuk terus berinovasi, berusaha untuk terus membina pasukan digital, melibatkan diri dengan pakar industri dan tidak berhenti di tempat yang sama.

Teknologi digital berubah pantas dan tanpa sempadan. Dulu hanya ada Pengiklanan Facebook, kini, kita perlu juga menguasai iklan TikTok. Adakah anda telah belajar mengenainya? Atau adakah pesaing anda mengetahui platform baru ini lebih cepat daripada anda?

Jangan menjadi leka. Setelah berjaya dan masuk ke zon selesa serta hidup dalam kenangan kemenangan masa lalu akan membuatkan anda ketinggalan semula di dunia perniagaan digital. Pesaing anda mungkin berada di belakang anda sekarang, tetapi mereka mengejar dengan pantas.