Lebih 14.2 juta kos perniagaan online dibantu Jendela Biz

Jendela Biz dan bank yang mengambil bahagian di Malaysia telah membantu hampir 3,000 IKS dan Usahawan Online di Malaysia untik memiliki perniagaan pertama mereka dengan jumlah kos operasi dan juga pinjaman berjumlah RM14.2 juta.

Menurut rekod, 91 peratus daripada penerima adalah daripada segmen 40 peratus terbawah (B40) yang baru memulakan perniagaan manakala 92 peratus yang telah mempunyai perniagaan konvensional yang menukar ke arah digital.

Inisiatif yang diterajui Jendela Biz seperti Digital Untuk Semua (DUS) bertujuan membantu rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada dan latar belakang untuk memiliki perniagaan digital pertama mereka.

Dengan pelancaran TEAM SEWA baru-baru ini (https://jendela.biz/team-sewa), Jendela Biz berhasrat bahawa jangkauan DUS akan diperluaskan lagi untuk merangkumi kategori muda, gig dan berpendapatan rendah dan dianggarkan membiayai kira-kira 25,000 kos set up perniagaan online, pinjaman/pembiayaan dengan anggaran nilai RM5 juta pada pengakhiran tahun 2022 ini.

Jendela Biz juga berkata ia akan menganjurkan anugerah kepada IKS-IKS serta usahawan online yang menggunakan teknologi Jendela Biz dengan keuntungan pada akhir tahun 2022 nanti sebagai pengiktirafan mereka mentransformasikan perniagaan ke arah digital dengan jayanya.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf para usahawan yang menggunakan teknologi Jendela Biz yang memperoleh jumlah kutipan terbesar dalam perniagaan mereka sejak sepuluh tahun lepas dan penerima dipilih berdasarkan jumlah transaksi pada tahun ini.

Jendela Biz berterima kasih dengan AmBank (M) Bhd, AmBank Islamic Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd dan Maybank Islamic Bhd yang merupakan rakan di dalam membantu para usahawan.

Jendela Biz ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada pengguna teknologi dan memuji mereka atas sokongan mereka dalam mempromosikan pemilikan perniagaan online dalam kalangan usahawan dan masyarakat am.

Jendela Biz berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif transformasi digital kepada kerajaan dan sedang melihat ke arah lebih banyak kerjasama antara sektor awam dan swasta untuk menambah baik dan menyediakan lebih banyak perniagaan digital yang mampu milik di Malaysia.