Perniagaan hendaklah ‘mengganggu’

California : Billionaire Jeff Bezos memberi nasihat kepada usahawan muda di satu konvensyen di Amerika Syarikat bahawa jika perniagaan anda mengganggu norma lama tabiat pelanggan, maka ia akan berjaya.

Menurut beliau, ramai usahawan muda terutamanya salah faham. Mereka menjangkakan bahawa apabila mencipta sesuatu teknologi yang disruptive (gangguan) , perniagaan itu akan berjaya. Sebenarnya tidak.

Gangguan itu sebenarnya adalah merujuk kepada penerimaan pasaran. Adakah pelanggan di pasaran bersedia untuk mengubah tabiat mereka kepada produk atau servis yang ingin anda tawarkan.

“Jika ada seseorang yang datang kepada anda dengan membawa idea perniagaan yang canggih, anda hanya perlu bertanya kepada usahawan itu dengan bahasa mudah dan ringkas iaitu, adakah produk dan servis anda ini akan diterima baik oleh pelanggan ? Adakah mereka akan bergantung dan setia dengan servis anda ? Itulah kayu ukur kepada disruptive market.

Jadi jangan fikir untuk menjadi seperti billionaire Jeff Bezos, anda perlu mencipta roket. Jeff Bezos awalnya adalah pengasas Amazon.com yang menjual buku secara online di bilik rumahnya pada tahun 1990an. Amazon berjaya merubah masyarakat dari membeli atau menyewa buku di perpustakaan, ke dalam talian hanya di hujung jari, online.

Kini Amazon.com menjual apa sahaja di seluruh dunia, mempunyai logistik sendiri dan bernilai $1.7 trillion. Malah sekarang beliau telah berjaya ke angkasa lepas dengan syarikatnya sendiri Blue Origin’s.

Mungkin anda boleh menjual pita audio buku, suara tips kehidupan atau perniagaan, muzik secara online untuk pasaran Asia ? Jika idea ini berjaya, jangan lupa kami untuk sedikit royalti