Teknologi Digital bakal menjadi sumber utama pertumbuhan negara

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Menurut laporan dari Bernama, jumlah pendapatan e-dagang Malaysia telah melonjak kepada RM279.0 bilion, sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia ( DoSM).

Mengulas laporan Ekonomi Digital Malaysia 2021 hari ini, ketua perangkaan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata dari segi pertumbuhan suku ke suku, ia mengekalkan trend positif 4.3 peratus.

“Dari Januari hingga September, pendapatan e-dagang merekodkan RM801.2 bilion, meningkat 23.1 % dari tahun ke tahun,” katanya.

Negeri-negeri yang mendahului dalam sektor e-dagang ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, dan Pulau Pinang.

Walaubagaimana pun menurut laporan itu lagi, sektor pembuatan dan perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Pandemik Covid-19 telah meningkatkan penggunaan digital di Malaysia dan kaedah norma baharu di dalam perniagaan.

Tahun 2019, jumlah nilai pasaran tempatan dalam e-dagang adalah sebanyak 87.6 peratus. Manakala 12.4 peratus lagi diperoleh dari pasaran antarabangsa.

Nilai pendapatan keseluruhan yang dijana masing-masing ialah RM591.8 bilion dan RM83.5 bilion.

Pendapatan e-dagang mengikut jenis pelanggan melalui Perniagaan kepada Perniagaan (B2B) mencatatkan pendapatan tertinggi sebanyak RM449.6 bilion dengan sumbangan 66.6 peratus, diikuti Perniagaan kepada Pengguna (B2C) pada RM194.0 bilion (28.7 peratus). ).

Perniagaan kepada Kerajaan (B2G) merekodkan nilai RM31.8 bilion. Laporan itu menyebut bahawa teknologi digital mempunyai potensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada Februari 2021, adalah asas kepada transformasi Malaysia kepada “nadi digital serantau” yang dijangka meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan mata pencarian dengan memanfaatkan internet, data besar (big data), internet of things, kecerdasan buatan dan teknologi lain.