Teknologi Digital Membantu Individu, Usahawan & IKS

Pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat pertama kali, apabila wabak Covid19 melanda, Jendela Biz ditransformasi dan mula dipromosikan kepada usahawan individu dan industri kecil sederhana. Sebelum ini, Jendela Biz hanya fokus kepada teknologi untuk syarikat gergasi dan agensi-agensi kerajaan di dalam menyediakan infrastruktur teknologi maklumat.

Jendela Biz menyediakan platform yang membolehkan para usahawan bekerja dari jauh, belajar tentang ilmu pemasaran termasuk digital, menguasai sektor simpanan maklumat penting (cloud), infrastruktur perniagaan online dan keselamatan pembayaran. Jendela Biz bekerja rapat bersama para usahawan, individu dan juga rakan teknologi untuk menghasilkan suatu sistem digital yang terbaik, lengkap dan mampu milik untuk semua.

Setelah 2 tahun kini, Jendela Biz Francais Program telah berkembang pesat, akibat wabak Covid19 di mana semua perniagaan beralih ke arah digital. Ia merupakan suatu peningkatan mendadak. Jendela Biz selalu mengingatkan rakan kami dan para usahawan supaya tidak menangguh untuk terus menguasai teknologi digital ini.

Jendela Biz sendiri mengalami pengalaman dan pengajaran yang terbaik bagaimana membantu pelanggan kami membangunkan bisnes dan tujuan mereka melalui online. Kami mempunyai kepakaran tersebut. Norma baru telah mengubah cara kita bekerja, berniaga dan menaikkan brand sendiri tak kira apa jua bisnes dan sebesar mana pun bisnes serta tujuan pelanggan tersebut. Hinggakan ahli politik dan parti politik pun ‘memeluk’ teknologi Jendela Biz ini untuk meningkatkan sokongan mereka !

Jendela Biz komited untuk menyokong transformasi digital buat semua organisasi sama ada kecil hingga ke syarikat multi-nasional. Faktanya, kami mempunyai pelbagai solusi untuk setiap jenis perniagaan dan organisasi.

Ia bukan semata-mata tertumpu kepada teknologi, tetapi teknologi Jendela Biz akan meningkatkan produktiviti, daya tahan,dan perkembangan perniagaan baru hingga berjaya.

Sebagai permulaan, para usahawan individu boleh menggunakan Jendela Biz Francais Program untuk mempunyai platform online yang paling lengkap dengan harga termurah di pasaran dan tiada yuran tambahan serta bulanan. Dengan Rm1500, mereka akan mempunyai :

  • Website
  • Pangkalan Data / Sistem Ejen / Akaun / Pejabat Online
  • Sistem ”Follow-up” Prospek & Pelanggan Setia
  • Digital Marketing

Jendela Biz sedar akan pentingnya mempunyai sistem yang mudah digunakan oleh semua lapisan usahawan. Kami menyediakan teknikal support 24 jam, kelas-kelas peribadi dalam pemasaran dan juga konsultan transformasi perniagaan digital. Sebab ini lah kami mempunyai 5000 pendaftar hanya dalam masa 2 tahun sahaja dan lebih 400 pengguna setia platform ini.

Jangan berlengah untuk menceburkan diri anda untuk menguasai ruang digital ini. Kami di sini akan membantu anda hingga berjaya dengan kaedah yang termudah dan terbukti. Seiring dengan objektif kami, DIGITAL UNTUK SEMUA.