Usahawan Perlukan Teknologi Bukan Motivasi

Era digital adalah era yang menyenangkan orang ramai untuk berkecimpung di dalam perniagaan. Pada usahawan baru, mereka melihat bisnes ini boleh mengubah nasib & menambah pendapatan atau menjadikan mereka berjaya di dalam kehidupan.

Bagi mereka yang telah lama berada di dalam dunia perniagaan pula, sekarang adalah masa ‘terdesak’ untuk mentransformasikan bisnes yang sedia ada ke arus digital. Ini teramat penting sebelum terus ketinggalan di dalam arus kemajuan.

Oleh itu, Jendela Biz sentiasa memainkan peranan sebagai rakan teknologi (technology partner) di dalam perniagaan anda. Jendela Biz bukanlah satu lagi syarikat memberi motivasi atau semangat atau teknik untuk berniaga. Jendela Biz memberi solusi. Solusi di era ini ialah PENDIGITALAN.

Jendela Biz percaya, jika anda melangkah kaki ke alam perniagaan, anda adalah seorang yang mempunyai cita-cita dan berimpian besar . Anda sudah mempunyai matlamat. Anda juga boleh mencari sendiri di luar sana banyak perkara-perkara dan program motivasi. Guru-guru perniagaan, motivasi, kelas-kelas juga banyak tumbuh bagai cendawan. Tetapi ini semua bukanlah peranan utama Jendela Biz sepanjang hampir 2 dekad di dalam bidang teknologi maklumat .

Jendela Biz fokus kepada memberi solusi teknikal kepada rakan perniagaan kami.

Jendela Biz memberi solusi kepada 3 perkara utama perniagaan iaitu:

1. KOS

Setiap perniagaan memerlukan kos yang efektif. Bukan tambahan kos untuk belajar atau mendapat inspirasi. Kos ini patut dibelanjakan untuk mendapat keuntungan. Kos patut dibelanjakan untuk pembangunan teknologi digital untuk memangkin tambahan keuntungan dan permintaan produk / servis anda.

Atas dasar prihatin itu, Jendela Biz membina dan menyediakan pakej digital lengkap yang mudah untuk semua jenis perniagaan dan organisasi dengan serendah RM1500 tanpa ada kos tambahan lain setiap bulan . Bisnes era digital haruslah menjadi kos rendah berbanding keuntungan berganda. Inilah motto Jendela Biz iaitu Digital Untuk Semua !

2. CEPAT

Era digital semuanya bergerak pantas. Anda tidak mampu untuk bertahan di dalam perniagaan dengan menanggung kerugian atau tidak menjana keuntungan dalam tempoh masa yang lama. Percayalah, bisnes anda akan terkubur jika tidak menjana income. Ini kajian dan pengalaman kami. Jadi jangan tunggu. Bisnes anda harus menjana dengan kadar segera.

Platform Jendela Biz dicipta untung tangkas menangkap minat prospek, menukar menjadi pelanggan dan mereka mesti terus setia dengan jenama perniagaan anda.

Jendela Biz tidak menyediakan kelas teori menaikkan semangat, tetapi terus solusi ke arah teknikal bagi mendapat result. Sama ada pasukan anda berjumpa pakar kami, online diskusi atau seminar yang dianjurkan secara tertutup, yang hanya dianjurkan kepada pengguna teknologi Jendela Biz sahaja.

3. EFEKTIF

Kami tidak menunggu atau membuang masa rakan teknologi kami yang sedang menjalan perniagaan. Masa itu adalah keuntungan. Jendela Biz terus memberikan platform yang berkesan untuk menjalankan perniagaan. Terus guna. Lihat akan produk serta servis kami di www.jendela.biz yang sangat mudah digunakan dan bermanfaat bagi kemajuan bisnes digital anda.

Bertindak hari ini, digitalkan perniagaan anda sepenuhnya dengan teknologi Jendela Biz.

Seluruh pasukan Jendela Biz juga ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada pengguna Jendela Biz yang beragama Buddha & Selamat Hari Guru pada semua wira anak bangsa ini yang sebenar kerana membangunkan modal insan di negara ini. Terima kasih Cikgu !