Dasar Privasi
Jendela Biz, bersama anak syarikat dan syarikat sekutu menghormati privasi individu berhubung dengan data peribadi dan amat komited untuk melindungi privasi pengguna/pelanggan tetap/pelanggan kami (secara kolektif dikenali sebagai “Pengguna”), dan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan terjamin kepada pengguna. Dasar privasi ini dirumus selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”), yang menerangkan bagaimana maklumat anda (“Data Peribadi”) dikumpul dan digunakan dan pilihan anda yang berkaitan dengan Data Peribadi anda. Sebagai penjelasan mutlak, sebarang rujukan 'kami', yang digunakan dalam Dasar Privasi ini akan melibatkan mana-mana anggota Jendela Biz.
Amalan pengumpulan dan penyebaran maklumat kami bagi laman web ini, www.jendela.biz serta perkhidmatan aplikasi mudah alih yang dibangunkan dan dimiliki oleh Jendela Biz melalui muat-turun di stor aplikasi, “Apple App Store”, “Google Play”dan “Huawei App Gallery” (dirujuk sebagai, “Laman Web”), dan sebarang perkara yang berkaitan dengan penggunaan, atau pelangganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Jendela Biz
1. Maklumat yang dikumpul Pelayan web kami tidak akan secara automatik mengenali maklumat khusus tentang Pengguna individu di laman kami. Di samping itu, pelayan web kami tidak akan secara automatik merekodkan maklumat tentang alamat e-mel Pengguna kecuali Pengguna memberikannya. Kami mengumpul maklumat tentang Pengguna semasa proses pendaftaran bagi bahagian-bahagian tertentu di laman kami; menerusi penyertaan aktiviti tertentu. Apabila anda meminta halaman daripada pelayan kami, pelayan kami akan secara automatik mengumpul maklumat tertentu tentang pilihan anda, termasuk alamat internet protocol (“IP”) anda. Kami menggunakan maklumat ini untuk mendiagnosis masalah dengan pelayan kami, dan untuk mentadbir laman kami. Maklumat yang diberikan oleh Pengguna melalui proses pendaftaran, tinjauan, borang penyertaan, tinjauan pendapat ataupun saluran sah yang lain digunakan untuk mempertingkatkan kandungan laman kami, atau bagi tujuan pemasaran . Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan perdagangan kecuali dinyatakan secara khusus.
2. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami secara sukarela di laman web kami dan saluran yang berkaitan mungkin diproses dan/atau didedahkan kepada Vendor (selepas ini dirujuk) bagi tujuan berikut (secara kolektif, "Tujuan"):
3. Meskipun butir-butir tepat tentang Data Peribadi yang dikumpul berubah-ubah menurut tujuan khas (misalnya peraduan, forum, tinjauan, dan lain-lain) sama ada di dalam talian atau sebaliknya, kami biasanya mengumpul Data Peribadi berikut daripada atau berhubung dengan anda:
4. Penggunaan dan Pendedahan ami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda dalam Jendela Biz dan/atau Vendor (selepas ini dirujuk) bagi Tujuan tertentu dan menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di sini. Kami bertanggungjawab terhadap Data Peribadi di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang didedahkan oleh kami kepada Vendor (sering kali dirujuk sebagai pemproses data dan pihak ketiga penyedia perkhidmatan). "Vendor" dalam Dasar Privasi ini bermaksud, berhubung dengan Data Peribadi, mana-mana orang atau entiti (melainkan pekerja kami sendiri) yang memproses Data Peribadi bagi pihak kami dan/atau pihak ketiga penyedia perkhidmatan kepada kami. "Pemprosesan", berhubung dengan Data Peribadi bermaksud misalnya mendapatkan, merekodkan, memegang atau menggunakan Data Peribadi semasa melaksanakan apa-apa operasi atau himpunan operasi terhadap Data Peribadi dan/atau menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada kami. Kami mengambil segala langkah untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk melindungi Data Peribadi anda sekiranya maklumat tersebut diproses oleh Vendor. Kami menggunakan dan mendedahkan maklumat diagregat yang tidak dapat mengenal pasti individu secara peribadi yang dikumpul melalui Laman Web ini sebagai sebahagian daripada proses organisasi kami demi mempertingkatkan kualiti Laman Web dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz.
5. Kesan Jika Data Peribadi Tidak Diberikan Sila ambil maklum bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami didapati tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau permintaan anda untuk melihat sesetengah maklumat di Laman Web ini, atau penggunaan, atau langganan, atau pembelian sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz mungkin ditolak atau terjejas.
6. Penyimpanan dan Pemegangan Data Peribadi Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak dan/atau salinan tidak dicetak di pejabat kami dan/atau dalam pelayan web yang terletak di Malaysia. Data Peribadi anda mungkin perlu dipindahkan ke penyedia perkhidmatan iaitu pihak ketiga yang beroperasi/terletak di luar Malaysia. Dengan penggunaan secara berterusan Laman Web, produk dan/atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh Jendela Biz, anda memberi persetujuan terhadap perpindahan sedemikian. Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan selama mana yang diperlukan oleh kami untuk memenuhi Tujuan yang dinyatakan dalam perenggan (2) di atas atau selama mana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang kawal selia, perakaunan atau untuk melindungi kepentingan kami. Kecuali seperti yang diterangkan dalam perenggan (15), kami tidak menawarkan sebarang kemudahan dalam talian untuk anda memadamkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami.
7. Bagaimana E-mel dan pesanan 'Support Team' dikendalikan Kami mungkin menyimpan kandungan sebarang e-mel atau pesanan "Support" atau pesanan elektronik lain yang kami terima. Sebarang Data Peribadi yang terkandung dalam pesanan tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan menurut cara yang dibentangkan dalam Dasar Privasi ini. Kandungan pesanan anda mungkin dipantau oleh penyedia perkhidmatan atau pekerja kami bagi tujuan termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan, pengauditan dan penyenggaraan atau jika kami mengesyaki penyalahgunaan e-mel.
8. Komunikasi atau Penggunaan Data Peribadi Apabila anda menggunakan perkhidmatan telekomunikasi untuk mengakses Laman Web ini, dan/atau mana-mana laman web yang dioperasi dan/atau diuruskan oleh Jendela Biz, data komunikasi (contohnya alamat IP) atau data penggunaan (contohnya maklumat tentang permulaan, penamatan dan tahap/skop bagi setiap akses, dan maklumat tentang perkhidmatan telekomunikasi yang diakses oleh anda) akan dijana secara teknikal dan mungkin berkait dengan Data Peribadi anda. Setakat mana terdapat keperluan yang mendesak, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau penggunaan data anda akan berlaku dan ia akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang perlindungan privasi data yang berkuat kuasa.
9. Pengumpulan Automatik Data yang Tidak Boleh Dikenal pasti Apabila anda mengakses laman web dan/atau menggunakan sebarang produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz, kami boleh secara automatik (iaitu, bukan melalui pendaftaran) mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat mengenai ‘internet browser’ anda dan sistem pengendalian, nama domain laman web dari mana anda layari, jumlah melayarinya, purata masa yang dihabiskan di laman web, dan halaman yang dilihat. Kami boleh menggunakan dan mendedahkan data yang tidak boleh dikenal pasti ini dan berkongsinya di antara Jendela Biz dan/atau pihak ketiga untuk antara lain; memantau daya tarikan laman web dan memperbaiki prestasi/produk/perkhidmatan kami/kandungan pada agregat, pengecaman tanpa nama dan data tidak boleh dikenal pasti. Walau bagaimanapun, sila pastikan bahawa maklumat ini tidak bertujuan untuk digunakan secara peribadi dalam usaha mengenal pasti identiti anda. Sebagai contoh, kami mungkin mendapatkan: * Maklumat peralatan - seperti model perkakas anda, alamat IP, peralatan lain yang dikenalpasti, versi sistem operasi, jenis browser dan tetapan, seperti bahasa dan tetapan font yang sedia ada, dan tetapan peralatan anda yang digunakan untuk melayari Laman Web kami. * Maklumat penggunaan - seperti maklumat mengenai penggunaan laman web anda,produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz, masa dan tempoh penggunaan dan maklumat lain mengenai interaksi anda dengan kandungan yang ditawarkan oleh Jendela Biz, dan sebarang maklumat yang disimpan menggunakan cookies, pengenal iklan mudah alih, dan teknologi serupa yang telah kami tetapkan pada peranti anda. * Maklumat lokasi - seperti alamat IP komputer anda, peranti mudah alih anda,isyarat sistem kedudukan global (GPS) atau maklumat mengenai akses WiFi berdekatan dan menara sel yang mungkin dihantar kepada kami melalui perkhidmatan tertentu yang anda gunakan.
10. Pengesanan dan Pengiklanan Dalam Talian Bagaimana Kami Menggunakan Cookies, Web Beacons, dan Teknologi Seumpamanya dan Bagaimana untuk Menutup Teknologi Ini. Kami dan mana-mana pihak ketiga yang dilantik/diberi kuasa oleh kami untuk menyediakan kandungan, iklan, atau fungsi atau cara dan analisis prestasi pengiklanan dalam Laman Web (secara kolektif, “Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran”), mungkin menggunakan cookies, web beacons, pengenalpasti iklan mobil, dan teknologi seumpamanya untuk menguruskan hal pentadbiran dan navigasi, untuk memahami dan menambahbaik Laman Web kami, untuk menetapkan dan/atau menambahbaik iklan yang ditunjukkan di sini atau dalam laman web yang dikendalikan dan/atau diuruskan oleh Jendela Biz, dan untuk menyediakan pengalaman dalam talian yang bersesuaian dengan anda. Cookies. Cookies merupakan fail kecil yang disimpan ke dalam komputer anda apabila melayari Laman Web. Cookies mungkin digunakan untuk menyimpan nombor unik yang berpaut pada komputer atau peralatan anda supaya anda boleh dikenalpasti sebagai pengguna yang sama apabila melayari satu atau lebih laman web. Cookies mempunyai banyak fungsi yang berguna. Sebagai contoh: * Cookies menyimpan data daftar masuk anda supaya tidak perlu memasukkan data yang sama setiap kali anda melawat Laman Web. * Cookies boleh membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami bahagian yang paling popular dalam Laman Web kami kerana cookies membantu kami memantau laman dan fungsi yang diakses oleh pengguna dan tempoh yang diluangkan oleh pengguna dalam Laman Web. Dengan mengkaji maklumat sedemikian, kami akan dapat menyesuaikan Laman Web kami dan menyediakan pengalaman yang lebih baik kepada anda. * Cookies membantu kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran memahami iklan yang anda lihat supaya anda tidak lagi menerima iklan yang sama apabila melayari Laman Web kami.
11. Kebanyakkan pelayar menerima cookies secara automatik tetapi fungsi pelayar web boleh ditetapkan agar tidak menerima cookies secara automatik ataupun ia boleh memaklumkan pengguna bahawa cookies akan dihantar. Jika anda mahu menutup fungsi cookies, anda boleh merujuk kepada menu bantuan pada pelayar anda untuk menutup fungsi cookies. Jika anda menutup fungsi cookies, ia mungkin mengganggu cara Laman Web kami berfungsi. Beacons. Kami, bersama dengan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran, mungkin menggunakan teknologi yang dikenali sebagai beacons (atau 'pixels') yang berinteraksi dengan maklumat dari peralatan anda kepada satu komputer pelayan. Beacons disimpan dalam kandungan secara talian, video, dan emel, dan membolehkan satu komputer pelayan untuk membaca maklumat tertentu daripada peralatan anda, mengetahui apabila anda membaca kandungan atau mesej emel tertentu, mengenalpasti masa dan tarikh berhubung beacons yang anda lihat, dan alamat IP peralatan anda. Kami dan pihak ketiga menggunakan beacons untuk pelbagai tujuan termasuk menganalisis penggunaan Laman Web dan produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz dan (berkaitan dengan cookies) untuk menyediakan kandungan dan iklan yang lebih relevan untuk anda. Simpanan Data & Teknologi Pengesanan Lain. Kami, bersama dengan pihak ketiga, mungkin menggunakan teknologi ini, seperti Local Shared Objects (juga dirujuk sebagai "Flash cookies") dan simpanan Hypertext Markup Language 5 (HTML5) dalam Laman Web kami. Kami juga mungkin menggunakan pengenalpasti unik pada peralatan anda, seperti pengenalpasti iklan. Teknologi ini serupa dengan cookies yang dibentang di atas dan ia disimpan dalam peralatan anda dan boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu tentang aktiviti dan kegemaran anda. Walau bagaimanapun, teknologi ini mungkin menggunakan bahagian peranti yang berlainan daripada cookies biasa, dan oleh itu anda mungkin tidak dapat mengawal penggunaan alat dan tetapan penyemak imbas standard. Untuk penyimpanan tempatan HTML5, kaedah untuk melumpuhkan HTML5 adalah berbeza-beza bergantung pada jenis pelayar web anda. Pilihan Tambahan bagi Iklan Sasaran Seperti yang diterangkan di atas, kami dan Pihak Ketiga Yang Diberi Kebenaran, mungkin menggunakan cookies dan teknologi pengesan yang lain untuk menguruskan penyediaan iklan yang sesuai kepada anda. Sebagai contoh, teknologi ini membantu kami mengenalpasti sama ada anda pernah melihat iklan tertentu sebelum ini, menyesuaikan iklan kepada anda jika anda telah melawat Laman Web kami sebelum ini, dan elakkan daripada menghantar iklan yang sama kepada anda. Disebabkan perbezaan antara penggunaan aplikasi dan laman web pada peranti mudah alih, anda mungkin perlu mengambil langkah tambahan untuk menamatkan teknologi pengesan dalam aplikasi mudah alih. Kebanyakan peranti mudah alih membenarkan anda untuk menamatkan/memadamkan iklan sasaran untuk aplikasi mudah alih dengan menggunakan tetapan aplikasi mudah alih atau peranti mudah alih.
12. Pemohon Pekerjaan Data Peribadi yang diberikan berhubungan dengan permohonan untuk pekerjaan akan digunakan untuk menentukan kesesuaian anda bagi jawatan yang ditawarkan oleh Jendela Biz dan, jika berkenaan, terma-terma pekerjaan atau pengambilan anda. Maklumat anda juga mungkin digunakan untuk memantau inisiatif perekrutan dan dasar peluang sama rata kami. Butir-butir anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga untuk menentusahkan atau mendapatkan maklumat tambahan termasuk institusi pendidikan, majikan semasa/bekas majikan dan agensi rujukan kredit. Agensi rujukan kredit merekodkan carian ini dan anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui agensi yang kami gunakan. Permohonan yang tidak berjaya mungkin disimpan untuk memadankan kemahiran anda dengan peluang pekerjaan masa hadapan.
13. Kerahsiaan Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari masa ke semasa. Sebarang soalan, komen, cadangan atau maklumat melainkan Data Peribadi yang dihantar atau dimasukkan ke Laman Web ini, atau mana-mana bahagian oleh pengguna akan dianggap diberikan secara sukarela kepada kami atas dasar bukan sulit dan bukan keempunyaan. Kami juga berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan dan/atau menyiarkan maklumat secara bebas tanpa rujukan lanjut kepada anda.
14. Keselamatan Laman Web kami mempunyai langkah keselamatan untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan dan pindaan maklumat di bawah kawalan kami. Apabila Pengguna diminta menyediakan maklumat kad kredit beliau, kami menyediakan persekitaran yang selamat menerusi sistem rakan niaga kami (menggunakan protokol SSL atau SET yang standard bagi industri) bagi tujuan ini. Malangnya, sebarang penghantaran data melalui Internet tidak dapat dijamin selamat. Jadi meskipun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi tersebut, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada kami dan individu melakukannya atas risiko mereka sendiri. Sebaik sahaja sebarang Data Peribadi menjadi milikan kami, kami akan mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat tersebut daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, modifikasi atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Nama pengguna dan kata laluan mungkin diperlukan untuk anda menggunakan bahagian-bahagian tertentu dalam Laman Web ini. Untuk perlindungan anda sendiri, kami menghendaki anda merahsiakan nama pengguna dan kata laluan ini dan secara kerap mengubah kata laluan anda (jika diperlukan).
15. Pautan Laman Web kami mengandungi pautan ke laman lain. Kami tidak bertanggungjawab atas amalan privasi atau kandungan laman tersebut. Kami juga mempunyai jalinan perhubungan dengan rakan niaga/ atau pengiklan yang lain tetapi perhubungan tersebut secara amnya bersifat teknikal, atau kerjasama kandungan. Jika mana-mana rakan niaga/ atau pengiklan mengakses sebarang maklumat yang dimasukkan oleh pengguna dalam pangkalan data ini, fakta ini akan didedahkan kepada pengguna pada permulaan proses pendaftaran. Pengguna yang tidak mahu maklumat mereka dikongsi oleh sesiapa selain daripada Laman Web ini, boleh memilih untuk tidak melengkapkan pendaftaran.
16. Untuk mengakses, pembetulan dan mengemas kini Data Peribadi & memilih keluar/henti melanggan Di bawah Akta, anda berhak untuk mengakses Data Peribadi anda yang dimiliki oleh pihak kami dengan membayar yuran yang mungkin dikenakan oleh pihak kami bagi menampung kos pentadbiran kami yang munasabah bagi tujuan meminta pembetulan dan/atau untuk mengemas kini Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan dan/atau tidak terkini. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau jika anda ingin meminta akses ke Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan dan/atau mengemas kini Data Peribadi anda, sila email ke support@jendela.biz
17. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda bagi tujuan menghubungi anda pada masa hadapan untuk memberitahu anda mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami yang kami yakin akan menarik minat anda. Sekiranya kami berbuat demikian, pihak komunikasi pemasaran kami akan berinteraksi dan memberi arahan yang memungkinkan anda untuk "memilih/berhenti melanggan”. Sekiranya anda tidak ingin menerima komunikasi pada masa hadapan, anda boleh mengklik pada butang "memilih keluar / berhenti melanggan" dan anda akan dikeluarkan daripada senarai mel kami. Sekiranya anda ingin kami menghapus Data Peribadi anda, anda boleh menulis kepada kami dengan menggunakan maklumat perhubungan di atas pada bila-bila masa.
18. Perubahan pada Dasar Privasi Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari masa ke semasa tanpa notis terdahulu. Sebarang perubahan Dasar Privasi akan dimuatnaik ke atas Laman Web ini dan oleh itu, kami menasihati anda supaya menyemak/melawat Laman Web ini dari masa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan. Jika terdapat perbezaan antara versi Dasar Privasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris haruslah digunapakai.
banyak membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan online, disamping program francais yang lumayan.
Sistem yang sangat mudah. Senang untuk hebahkan promosi kepada pelanggan saya
Pilihan website yang menarik. Mudah untuk diubah suai
Video bantuan peniagaan yang bagus. Penerangan oleh pihak jendela sangat jelas.
Jendela banyak membantu saya kemaskini produk. Pesanan masuk terus ke sistem