TAWARAN PERNIAGAAN #23

Halal Hub ( حلال )

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) akan membentuk perkongsian dalam meningkatkan industri Halal Malaysia.

Kerjasama strategik ini membantu dan meningkatkan lagi keupayaan dan kapasiti industri seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Jendela Biz melihat ini bukan sahaja peluang bagi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat pembangunan ekosistem Halal, tetapi wajib melibatkan usahawan-usahawan untuk turut serta di dalam industri HALAL yang bernilai bilion ringgit ini.

Peranan teknologi digital yang semakin meningkat dan kepentingan penggunaannya yang semakin meningkat, terutamanya sejak pandemik Covid-19 melanda, ia adalah wajar untuk mengutamakan pembangunan teknologi digital sekarang bagi menguasai pasaran Halal sama ada di peringkat lokal hinggalah global.

Menurut data sehingga kini, taman halal Malaysia telah menarik jumlah terkumpul pelaburan sebanyak RM16.28 bilion sejak 2011.

Pada 2021, pelaburan langsung domestik ke dalam Taman Halal telah mencatatkan peningkatan sebanyak RM95 juta (atau 45.7 peratus), menandakan bahawa industri halal tempatan masih berkembang, walaupun ada pelbagai cabaran.

Jendela Biz melihat trend dalam kalangan pemain tempatan halal terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbukti berdaya tahan sepanjang pandemik Covid-19. Walaupun menghadapi cabaran, mereka berusaha dan akan mengembangkan perniagaan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Oleh itu, PKS ini semakin meningkat dan mencari ruang industri yang sesuai dan besar dengan infrastruktur yang lebih baik dan sokongan ekosistem digital lengkap yang disediakan oleh Jendela Biz

Platform HALAL HUB (حلال) ini akan meliputi keseluruhan ekosistem digital dan online untuk pemilik perniagaan ini beroperasi merentas negara dan benua.

Anggaran transaksi bernilai jutaan ringgit dalam tempoh masa kurang dari 3 tahun operasi perniagaan ini. Jika anda adalah bakal pemilik TAWARAN PERNIAGAAN #23 -HALAL HUB (حلال) – ini, hubungi Jendela Biz atau pegawai syarikat untuk maklumat lanjut.

Jadi usahawan digital hari ini sebelum melangkah masuk ke tahun 2024.

Digital Untuk Semua

Saya Berminat Dengan

Halal Hub (حلال)

Testimoni

Apa kata mereka

logo banyak membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan online, disamping program francais yang lumayan.

© 2012. All rights reserved.
support@jendela.biz

Level 16, 1 Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

-->